Entry: Salam Ramadhan Thursday, August 20, 2009




Salam Ramadhan...
Salam Ramadhan



   1 comments

Fikrul
September 7, 2009   09:34 AM PDT
 
Di Gerbang Ramadhan.
____________________

Gementar hati menanti
panas suci sinar mentarimu
berdebar sanubari mencari
dingin hening cahaya purnamamu.

Pabila terkenang hadirmu
tergenang air mata rindu
pabila namamu diseru
menerpa semerbak harum di kalbu.

Oh, syukur ini tak terbendung
atas kesempatan menerima kunjung
ku sambut dikau penuh sanjung
ibarat mengharap tiada penghujung.

Atas kesempatan yang diberi
ku panjatkan syukur pada Illahi
semoga hadirmu penuh bererti
melatih diri untuk berbakti
dengan sabar sepenuh hati
demi meraih redha Ilahi.

Dalam dakap hadirmu
aku satu dari mereka berjuta
yang ditaut oleh lapar yang sama
dari tanah tandus sahara
hingga tanah hijau nusantara
kami disatu oleh ibadah sama seluruh
pada Rabb Yang Satu dicurah takwa sepenuh.

Kami bersatu dalam rohani
sedang hidup kami nafsi-nafsi
hanya menjunjung kepentingan sendiri
patriotisme dan nasionalisme dijadikan teras dan tali
menganti ikatan akidah murni
penyimpai hakiki penyatu sejati.

Harapanku di gerbang hadirmu ini
akan mengimbau ingatan kami
pada realiti semasa penuh nestapa
sekujur tubuh penuh saudara
tercerai-berai kerana angkara
entiti haram negara bangsa.

Pada mu Ramadhan
bulan penuh keberkatan dan keampunan
aku ucapkan, “Ahlan wa marhaban!”

Penghias mekar kembang kesyukuran.
_________________
Awal Ramadhan
1430 Hijrah.

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments